FOX SPORTS ASIA – KINI MENYIARKAN SERIE A TIM DI MALAYSIA DAN SINGAPURA

Singapura, 25 Jan 2019 –   Sports Asia hari ini mengumumkan persetujuan hak media eksklusif untuk menyiarkan Serie A TIM di Malaysia dan Singapura untuk beberapa tahun.

Persetujuan itu yang merangkumi media linier dan digital, berkuatkuasa serta merta di mana perlawanan akan disiarkan secara langusung dan eksklusif menerusi saluran FOX Sports dan FOX Sports 2. Peminat di Singapura boleh juga menonton melalui servis strim video, FOX+, yang terdapat di Singtel dan StarHub.

“Serie A TIM adalah liga bola sepak ikonik menampilkan beberapa permain terbaik dunia. Kami berharap untuk menyiarkan semua aksi kepada peminat di Malaysia dan Singapura melalui saluran FOX Sports dan rangkaian digital,’ kata Italo Zanzi, Timbalan Presiden Esksekutif dan Pengarah Pengurusan, Sukan, Asia Pasifik, Kumpulan Rangkaian FOX.

“Persetujuan dengan FOX Sports Asia sangat penting bagi kami untuk menyiarkan perlawanan Serie A TIM di Asia Tenggara – kata Marco Brunelli, CEO Lega Serie A. Kami amat gembira untuk menandatangani kontrak ini dan akan memastikan kejuaraan kami akan dapat meningkatkan jumlah peminat bola sepak Itali, terima kasih kepada perkhidmatan FOX.

Di samping perlawanan secara langsung dan ulangan, FOX Sports juga akan menyiarkan ‘Inside Serie A’, sebuah program prebiu 30 minit yang akan mengulas secara terpereinci tentang perlawanan yang akan datang dan juga dua ‘highlights’ – Serie A Highlights Show’ dan “Serie A Full Impact” yang menampilkan aksi terhebat dari perlawanan setiap minggu.

Sumber: https://ghanasoccernet.com

Leave a comment