Matahari melalui Kaabah.

Setiap tahun pasti ada berita mengenai kedudukan matahari yang akan berada tepat di atas kaabah sebanyak 2 kali setahun. Ini peluang yang baik bagi sesiapa yang mahu membetulkan atau menyemak semula arah kiblat. Apakah yang berlaku di sebalik ‘fenomena’ ini?

Kejadian ini bukanlah sesuatu yang pelik atau aneh, sebaliknya matahari melalui semua tempat di antara tropic of cancer dan tropic of capricorn sepanjang tahun. Matahari akan melalui eiffel tower di paris, KLCC di KL, Statue of Liberty di New York, Taj Mahal di India dan semua tempat. Disebabkan Kaabah merupakan kiblat bagi muslim, maka ia menjadi sebuah berita.

Ini kerana matahari sentiasa bergerak sepanjang masa, disebabkan itulah terjadinya 4 musim. Jika matahari berada di puncak utara bumi iaitu Tropic of Cancer, maka ia menandakan musim panas bagi negara negara di hemisfera utara dan musim sejuk di hemisfera selatan seperti Australia, New Zealand, Argentina, Chile dsb. Ini akan berlaku semasa bulan Jun hingga September setiap tahun. Sebaliknya jika matahari berada di puncak selatan, maka ia musim panas bagi Australia dan musim sejuk bagi negara di hemisfera utara.

Leave a comment