Waktu Malaysia yang salah!

Adakah anda bangun seawal jam 6.30 pagi dan rasa terlalu malas untuk bangun dari katil untuk ke tempat kerja atau sekolah? Mesti pernah kan. Tengok luar gelap lagi dan rasa seperti mahu kembali tidur. Pernahkah anda terfikir kenapa langit masih gelap jam 6.30 pagi? Atau anda cuma fikir, “oh dah memang macam tu dari kecik”. Tahukah anda Malaysia terutamanya Semenanjung telah menggunakan zon waktu yang salah selama ini. Ini menyebabkan cahaya matahari dan waktu tidak selaras, sebab itu langit masih gelap pada jam 06.30pagi.

Jika anda melihat peta zon waktu dunia, Malaysia terletak dalam garisan waktu GMT+7 bukan GMT+8 seperti yang digunapakai. GMT bermaksud Greenwich Mean Time yang bermula dengan 00:00 di tengah garisan bumi. Waktu ditolak ke barat dan waktu ditambah ke timur seperti Malaysia. GMT+7 bermaksud, waktu Malaysia ditambah 7 jam dari waktu GMT supaya waktu dan cahaya matahari dapat selaras. Tidak seperti Jakarta dan Bangkok, Malaysia tidak menggunakan zon waktu yang betul, Dr. Mahathir Mohamad telah menambah 30 minit waktu semenanjung bagi menyamakan dengan waktu Sabah/Sarawak dan sejak itu Malaysia mengguna pakai zon waktu GMT+8.

Ini menyebabkan matahari telah terbit dan terbenam satu jam lambat. Apa akan berlaku jika waktu kita kembali kepada waktu asal yang sepatutnya iaitu waktu GMT+7?

Banyak kebaikan untuk kita terutamanya! Antaranya tidak lagi rasa malas bangun pagi kerana kita akan dapat melihat cahaya matahari seawal 6 pagi. Waktu solat juga akan menjadi awal satu jam, semua waktu solat akan berkurangan satu jam. Subuh akan jadi 5.xx, Zohor 12:xx, Asar 3:xx, Maghrib 6:xx (Indahnya berbuka puasa pada pukul 6 petang!) dan Isyak 7:xx. Dan matahari akan terbenam seawal 6.30 petang dan bukan 7.30 seperti sekarang.

Jadi, kenapa Malaysia tidak tukar saja waktu kepada waktu yang betul? Jawapannya kerana kerajaan mahukan waktu Malaysia sama dengan waktu negara ekonomi besar asia iaitu China supaya memudahkan urusniaga dan sebagainya. Ia hanya memberi kebaikan kepada ekonomi sewaktu dahulu. Kini ia tidak lagi.

Leave a comment